Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Minah Salleh Masak Spaghetti Sambal Petai Curi Tumpuan Permaisuri Pahang

today1 August 2024

Background


Kadang-kadang, mungkin resipi ciptaan sendiri itu menghasilkan rasa yang sedap dan unik. Malah, mungkin ia boleh dijadikan sebagai perniagaan untuk mencari rezeki. Tak salah bukan?

Seperti baru-baru ini apabila seorang minah salleh berkongsi resipinya memasak spaghetti sambal petai telah mencuri tumpuan ramai, termasuklah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu menunjukkan caranya memasak spaghetti. Apa yang menarik adalah, ramuan spesial dalam resipi itu ialah ulam kegemaran ramai iaitu petai.

Antara bahan-bahan lain yang digunakan adalah bawang Holland, tomato dan pes sambal. Setelah menumis kesemua bahan, wanita itu meletakkan beberapa biji petai di dalam kuah spaghettinya.

Dia dilihat menikmati spaghetti sambal petai itu dan mengatakan rasanya sangat sedap!



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post