PETALING JAYA – Ringgit terus merekodkan pengukuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan data-data ekonomi AS yang menunjukkan kelembapan terutamanya dari segi pasaran buruh serta kadar inflasi yang merosot.
Nilai ringgit mencapai paras 4.4075 berbanding dolar AS pada pukul 12 tengahari.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, situasi di AS telah menguatkan lagi hujah bahawa pihak Rizab Persekutuan AS akan mengurangkan kadar faedah pada bulan September dan Disember depan.
“Justeru, jurang perbezaan antara Fed Fund Rate (FFR) dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka mengecil dan ini menjadikan aset kewangan Malaysia seperti saham dan bon dilihat mempunyai nilai yang lebih tinggi pada masa akan datang.
“Perkara ini telah mewujudkan permintaan terhadap mata wang ringgit oleh para pelabur asing yang mahu membeli aset kewangan di Malaysia,” katanya ketika dihubungi semalam.
Kadar inflasi di AS menurun buat kali…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: