Satu laporan terkini dari Pejabat Jeneral Khas Amerika Syarikat untuk Rekonstruksi Afghanistan (SIGAR) telah mendedahkan bahawa Jabatan Negara AS mungkin telah menyerahkan sekurang-kurangnya $239 juta (sekitar RM1.2 bilion) kepada Taliban sejak Presiden Joe Biden mengarahkan tentera AS berundur dari Afghanistan pada tahun 2021, lapor The Main Wire.
Dalam laporan SIGAR, dilaporkan bahawa Jabatan Negara gagal menunjukkan kepatuhan terhadap keperluan untuk menyaring setiap dana kepada rakan kongsi.
Pegawai Jabatan Negara turut mengaku bahawa tidak semua biro mematuhi keperluan pengekalan dokumen.
Angka ini tidak termasuk anggaran $7 bilion peralatan ketenteraan seperti Humvee dan helikopter Black Hawk yang ditinggalkan oleh tentera AS kepada Taliban.
Semasa tentera AS tergesa-gesa keluar dari Afghanistan, 13 askar AS terkorban bersama 170 orang awam Afghanistan apabila pengebom berani mati meletupkan diri di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: