Pada minggu lalu seorang bekas perunding pelaburan emas Quantum Metal, Nini Comei kongsikan status jawatannya yang telah dilucutkan pada Julai lalu.
Dalam satu kemas kini terbaharu, dia berkongsi pengalaman dilayan buruk semasa berada di ibu pejabat Quantum Metal (QM).
Baca Juga:
Menerusi hantaran videonya di TikTok, dia menunjukkan dirinya berada di hadapan ibu pejabat syarikat pelaburan emas itu untuk menangkis dakwaan bahawa dia ‘cuci tangan’, melepaskan tanggungjawab terhadap ahli-ahli di bawahnya.
Bagaimanapun, pihak pengurusan enggan memberinya akses untuk masuk ke dalam.
@ninicomei Replying to @Muhammad Firdaus Part II – Termination Letter Consultant Quantum Metal Ramai yang cakap nini lepas tangan. Video ni bukti yang nini hadir ke HQ QM namun dihalau oleh pihak management. Ketua CS nampak nini terus lari dan jerit “TUTUP, TUTUP”, guard pun tutup gate. Ini ke service company status berbillion? Ini ke layanan management…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: