PETALING JAYA – Nestle Malaysia telah diiktiraf sebagai Penyokong Rakan Korporat Terhebat oleh The King’s Trust sebagai menghargai sumbangan besar syarikat untuk untuk menambah baik kehidupan dan pemikiran belia Malaysia menerusi inisiatif berterusan di bawah Program TEAM bersama Komuniti Belia Selangor (SAY).
The King’s Trust adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang bertekad untuk menambah baik kesihatan dan pendidikan global dengan menjalin hubungan antara kerajaan, syarikat korporat dan masyarakat madani.
Bersempena penganugerahan tersebut, Nestlé Malaysia dan SAY telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk melanjutkan kerjasama bagi memupuk kesedaran tentang alam sekitar dan amalan lestari dalam kalangan belia tempatan dengan menganjurkan satu siri bengkel dan program pendidikan yang menyeluruh.
Bengkel di bawah Program TEAM ini akan memperkasakan anak-anak muda untuk meningkatkan kesedaran tentang pelbagai aspek bertumpukan kelestarian, daripada Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: