Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemandu Honda Civic Buat Lori ‘Panas’, Toyota Supra Jadi Mangsa

today11 August 2024

Background


Sejak semalam tular rakaman dashcam menunjukkan sebuah lori hilang kawalan lalu merempuh sebuah Toyota Supra yang diletakkan di bahu jalan.

Pelbagai sangkaan yang dibuat oleh netizen. Ada mendakwa lori tersebut hilang kawalan, bagaimanapun ramai berasa ada ‘isu’ di antara pemandu lori dengan kereta dashcam yang merakam insiden tersebut.

Baca Juga:

Memetik Berita Harian, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kejadian itu berlaku pada pukul 4.57 petang, semalam membabitkan tiga buah kenderaan.

“Siasatan awal dilakukan mendapati kemalangan itu berlaku apabila sebuah lori dipandu seorang lelaki hilang kawalan lalu melanggar kereta Toyota Supra diparkir di bahu jalan.

“Lori itu kemudian mengundur lalu melanggar kereta Honda Civic dipandu seorang lelaki yang berada di belakang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya lagi, kemalangan terjadi selepas…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post