Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Cikgu Istiqomah Dibunuh Rakan Universiti, Disyaki Berkait Urusan Pelaburan Forex

today12 August 2024

Background
Cikgu Istiqomah Dibunuh Rakan Universiti, Disyaki Berkait Urusan Pelaburan Forex


Identiti mayat wanita ditemui tanpa kepala dalam tong sampah di longkang tepi Jalan Alor-Gajah-Tampin, pada 31 Disember lalu sudah dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

Memetik Berita Harian, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata penemuan itu hasil siasatan dan ujian deoxyribonucleic asid (DNA) yang dijalankan Bahagian Data Bank/DNA (D13), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, ke atas ibu mangsa.

Baca Juga:

“Hasil ujian yang dijalankan pada 2 Ogos lalu, mendapati DNA wanita terbabit adalah sepadan dengan sampel diambil daripada mayat tidak lengkap dan tanpa identiti itu,” katanya.

Tambahnya lagi, polis berjaya menahan sepasang suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, Perak pada 5 Ogos lalu dan direman selama enam hari bermula 6 Ogos lalu hingga hari ini selepas Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post