PETALING JAYA – Generasi Z di negara ini dilihat telah bersedia untuk beralih daripada sekadar menyewa kepada membeli kediaman mereka sendiri, menurut data yang dikeluarkan oleh firma hartanah, IQI hari ini.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, memandangkan pemilikan rumah cenderung untuk menyumbang secara signifikan ke arah kekayaan,
Generasi Z yang lahir dari tahun 1995 hingga 2005 perlu memastikan masa depan kewangan mereka dengan menuruti generasi terdahulu ke arah pemilikan rumah.
Jelasnya, dalam tempoh hanya dua tahun, iaitu sejak suku tahun kedua 2022, pembelian kediaman oleh Generasi Z kini telah meningkat daripada 17 peratus daripada semua pembelian kepada 26 peratus.
“Pada 2019, apabila ahli tertua Generasi Z berumur 24 tahun, kohort itu menyumbang hanya tiga peratus daripada semua rumah yang dibeli.
“Untuk generasi ini mempunyai kadar pemilikan rumah yang sama seperti generasi sebelumnya, bahagian pembelian…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: