Menerusi laporan Harian Metro, insiden itu dialami lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) lembam, Che Mohd Fadil Che Abdul Rahman, 42, sepanjang lapan tahun bekerja di sebuah premis kedai makan di Jalan Dusun Muda.
Disebabkan pelbagai kejadian yang sering terjadi daripada pelanggan tempat dia bekerja, dia terpaksa memakai tanda nama ‘Maaf Saya OKU’ yang disemat di bajunya.
Namun, katanya sehingga kini masih ada juga insiden yang berlaku di luar kawalan.
“Tugas saya adalah untuk mengambil pesanan dan jika berlaku banyak kekeliruan ketika membuat ‘order’ atau banyak arahan, saya jadi tertekan.
“Walaupun begitu, ramai juga pelanggan yang bertimbang rasa malah sejak saya memakai tanda nama ini, semakin kurang aduan yang diterima majikan berkenaan saya kerana pelanggan tahu kekurangan saya,” katanya.
Difahamkan, sebelum ini dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat penghantar barang dan selepas tamat kontrak, dia mencuba nasib di kedai makan itu dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: