Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kanak-Kanak Orang Asli Umur 10 Tahun Ditemui Mati, Dipercayai Dirogol & Dibunuh

today19 August 2024

Background


Menurut laporan Harian Metro, keputusan bedah siasat yang diterima mendapati terdapat kecederaan akibat tekanan di leher serta kesan koyak pada kemaluan mangsa.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, susulan itu pihaknya mengklasifikasikan semula siasatan kes kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis juga menahan lelaki berusia 17 tahun yang mempunyai pertalian darah dengan mangsa pada 5.30 petang tadi, untuk membantu siasatan.

“Kes masih dalam peringkat awal siasatan. Kemungkinan mangsa dirogol, namun buat masa ini kita tak boleh nak cakap secara pasti. Suspek ditahan di rumahnya yang juga terletak dalam perkampungan yang sama.

“Polis turut melihat adanya kemungkinan mangsa meninggal dunia di tempat lain sebelum mayatnya dibuang ke kawasan paya berkenaan,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post

Sukan

Jing Hong pecah rekod 20 tahun

Kuching: Atlet Wilayah Persekutuan, Khor Jing Hong muncul atlet pertama memenangi pingat emas sukan olahraga di Sukma Sarawak 2024 selepas mengungguli saingan 20,000 meter (m) lumba jalan kaki lelaki di Stadium Sarawak di sini, sebentar tadi.

today19 August 2024