Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

[VIDEO] Wanita Warga India Tertimbus Di Tanah Mendap Jalan Masjid India Masih Lagi Dicari

today23 August 2024

Background


Menurut laporan BERNAMA, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Hadapan Malayan Masion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur dan dilaporkan kepada bomba kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Setakat ini, operasi menyelamat masih dijalankan dan pasukan penyelamat menggunakan mesin jengkaut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha mencari mangsa. 

Komander operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohamad Riduan Akhyar berkata pasukan operasi dikerahkan dari balai bomba Titiwangsa serta bantuan dari balai bomba Hang Tuah dengan kekuatan 15 orang anggota sebagai pemberi bantuan awal.

“Unit Storm (Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia) dan Unit Pengesan (K9) berada di lokasi kejadian. Maklumat selanjutnya akan dikemas kini dari masa ke semasa,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post

Sukan

Emas 3m papan anjal tebus kecewa Yiat Qing

Kuching: Pemenang pingat emas Sukan Sea, Lee Yiat Qing bangkit daripada kekecewaan terlepas pingat emas dalam acara 10m platform, Rabu lalu apabila memenangi acara 3m papan anjal di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak, hari ini.

today23 August 2024