BANGI – SZBLOOMS, pengedar rasmi Portmeirion United Kingdom (UK) di Malaysia, menyasarkan jualan RM3 juta pada tahun ini berbanding RM1.5 juta tahun sebelumnya.
Peningkatan tersebut disumbangkan oleh pertambahan permintaan daripada peminat koleksi jenama tersebut yang semakin menggalakkan sejak negara dilanda pandemik Covid-19.
Pengasas SZBLOOMS, Syanita Zur berkata, perkembangan menggalakkan itu telah memberi keyakinan kepada syarikat untuk mengukuhkan lagi kedudukan pasaran dan meluaskan pasaran secara berperingkat di negara ini.
“Buat masa ini, kami hanya mempunyai satu cawangan utama di Bandar Puteri di sini dan produk-produk tersebut turut di jual di 10 buah cawangan AEON,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersempena pelancaran Pesta Portmeirion di sini, baru-baru ini.
Minat mendalam terhadap koleksi portmeirion telah mengubah sasaran bekas jurutera itu memberi tumpuan terhadap perniagaan tersebut secara kecil-kecilan pada tahun 2019.
Bermula…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: