PETALING JAYA – Jom Cha by Farm Fresh Berhad hari ini melancarkan produk terbaharunya iaitu pencuci mulut, ‘Yoghurt Soft Serve’ yang menggabungkan rasa sedap dan sihat sekali gus membawa orang ramai menikmati pengalaman sebenar ‘dari ladang ke cawan’.
Istimewanya, ‘Yoghurt Soft Serve’ menampilkan rasa lembut, berkrim, manis dan segar kerana dibuat daripada tenusu semulajadi Farm Fresh dan yogurt asli yang boleh didapati dengan pelbagai perisa dengan harga serendah RM5.80 sahaja.
Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh Jom Cha Sdn. Bhd., Eddie Lim Peng Hun berkata, fokus pelancaran produk baharu ini adalah untuk memberikan pelanggan sesuatu yang mudah, tulen dan lazat.
Katanya, yogurt baharu ini lebih daripada sekadar pencuci mulut biasa malah akan membawakan satu pengalaman baharu buat pengguna dengan kandungan probiotik dan rendah lemak yang terdapat di dalamnya.
“Tekstur lembut, baldu dan rasa yang menyegarkan menjadikan ia adalah pilihan ideal untuk hari musim panas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: