PETALING JAYA – Penantian pembeli projek perumahan yang terbengkalai selama lapan hingga 10 tahun bagi projek Selayang Star City dan kini dipulihkan semula serta dikenali sebagai 168 Park Selayang bakal berakhir selepas menerima surat pengesahan daripada pemaju pada 30 Ogos lalu.
Sebanyak 660 unit di Blok C di bangunan 168 Park Selayang yang terdiri daripada unit komersial dan designer suite itu kini siap sepenuhnya dan sedia untuk diduduki.
Pengarah Pembangunan Perniagaan 168 Park Selayang Sdn Bhd. (168 Park Selayang), Lorenz Tong berkata, ini adalah satu kejayaan besar untuk projek sulung syarikat.
“Kami mengambil alih projek yang sebelum ini telah terbengkalai.
“Walaupun kepakaran kami adalah dalam bidang pembinaan, bukan dalam pembangunan hartanah tetapi kami amat berbesar hati dapat memenuhi tarikh akhir penyerahan 660 unit di Blok C seperti yang dijanjikan.

“Bagi pembeli yang terjejas, penantian mereka kini berakhir,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: