Insiden buli yang mengejutkan baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan ramai apabila video seorang pelajar sekolah Indonesia yang terpaksa mendapatkan rawatan di hospital setelah dipaksa makan roti yang dipenuhi duri tular di media sosial.
Video yang dikongsi oleh akaun @MALAYSIAVIRALLL menunjukkan pelajar perempuan tersebut diperiksa oleh seorang doktor di Hospital RSUD Dr. Chasbullah Abdulmadjid, Bekasi City.
Menurut laporan daripada @info.negri, kejadian menyayat hati ini melibatkan seorang pelajar yang dibuli oleh rakannya sendiri.
Pelajar malang itu dipaksa untuk makan roti yang telah diisi dengan duri, yang menyebabkan kecederaan pada bahagian dalam mulutnya.
Video yang tular itu pertama kali dikongsi oleh seorang jururawat bernama Elyanda Fitria, yang turut merakamkan proses rawatan pelajar tersebut.
Elyanda menjelaskan bahawa ketika kejadian berlaku, pelajar tersebut dipaksa oleh rakannya untuk makan roti tersebut tanpa sebarang rasa belas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: