99 Speed Mart, rangkaian kedai runcit yang popular di Malaysia, baru sahaja mencatatkan satu lagi rekod cemerlang apabila berjaya untung jutaan ringgit.
Menurut BERNAMA, keuntungan bersih syarikat ini untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2024 melonjak kepada RM125.53 juta, berbanding RM75.48 juta pada suku kedua 2023.
Peningkatan mendadak ini menunjukkan daya saing dan kekuatan model perniagaan syarikat, yang terus memenangi hati pengguna tempatan.
Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, 99 Speed Mart menjelaskan bahawa pertumbuhan keuntungan ini didorong oleh peningkatan jualan, pencapaian diskaun yang lebih baik, serta kadar pendapatan operasi tambahan daripada pembekal.
Malah, hasil syarikat turut meningkat sebanyak 8.2 peratus kepada RM2.41 bilion berbanding RM2.23 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.
Kejayaan ini sebahagian besarnya berpunca daripada strategi syarikat yang agresif dalam melebarkan cawangan jenama runcit ini.
Dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: