Pihak pengurusan Johnny’s Restaurants dan Black Canyon Malaysia baru-baru ini tampil menjelaskan status halal restoran mereka yang sebelum ini telah menjadi topik perbualan ramai.
Walaupun restoran tersebut belum lagi menerima sijil halal rasmi daripada JAKIM, pihak pengurusan menegaskan bahawa semua bahan makanan yang digunakan, termasuk ayam, telur, dan daging, diperoleh daripada pembekal yang memiliki sijil halal.
Johnny’s Restaurants yang mengambil sikap untuk tidak berselindung turut menyediakan salinan sijil halal pembekal di semua cawangan restoran untuk rujukan pelanggan.
Penjelasan ini diharapkan dapat meredakan kebimbangan yang mungkin timbul di kalangan pelanggan setia mereka.
Dalam kenyataan tersebut, Johnny’s Restaurants dan Black Canyon Malaysia juga menekankan bahawa tiada penggunaan alkohol atau wain dalam penyediaan makanan dan minuman mereka.

Ini adalah salah satu usaha bagi memastikan setiap hidangan yang disajikan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: