Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Atlet Olimpik Cedera Parah, Alami Lecur 75% Dibakar Teman Lelakinya

today4 September 2024

Background


Pelari maraton Olimpik Rebecca Cheptegei dimasukkan ke hospital selepas dibakar oleh teman lelakinya. Dia kini sedang bertarung dengan nyawa untuk pulih daripada kecederaan parah dialami kerana kebakaran.

Cheptegei, 33, ialah atlet Uganda yang tinggal di Kenya dan dia mendapat tempat ke-44 dalam acara maraton di Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Dia juga memenangi Kejohanan World Mountain and Trail Running Championships di Thailand pada 2022. Atlet asal Uganda itu didakwa diserang di rumahnya di barat Kaunti Trans Nzoia, Kenya.

Ketua Polis Trans Nzoia Jeremiah ole Kosiom mendedahkan bahawa teman lelaki Chepegei, Dickson Ndiema, telah membeli satu tin petrol, menuangnya ke atasnya dan kemudian membakarnya pada Ahad.

Seperti yang dilaporkan oleh The Guardian, Cheptegei berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami 75 peratus melecur di badannya.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post