Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Northport catat rekod tertinggi kendalian kargo bulan Ogos

today4 September 2024

Background


PETALING JAYA – Northport (Malaysia) Bhd (Northport), telah mencatat satu lagi pencapaian dengan kejayaan memecahkan rekod bulanan kendalian kontena dan kargo konvensional untuk bulan kedua berturut-turut.

Pada Ogos 2024, Northport telah mengendalikan kontena sejumlah 365,558 TEU (Unit Ber­samaan Dua Puluh Kaki) iaitu kendalian kontena bulanan tertinggi syarikat, mengatasi rekod sebelumnya iaitu sebanyak 354,548 TEU yang dicatatkan hanya sebulan sebelumnya.

Syarikat juga memecahkan rekod bulanan kargo konvensionalnya dengan pengendalian 1,145,021 FWT (Freight Weight Tonnes), mengatasi rekod sebelumnya iaitu 1,143,318 FWT yang juga dicatatkan pada Julai 2024.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof berkata, prestasi pecah rekod yang konsisten bulan demi bulan itu adalah gambaran yang jelas tentang pengembangan kapasiti dan peningkatan kecekapan syarikat dalam menguruskan kendalian kargo yang semakin meningkat.

Menurut beliau, pencapaian itu menyerlahkan daya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post