Walau bagaimanapun, R&R Seremban Arah Selatan ini telah dibuka sepenuhnya untuk kemudahan orang awam yang sedang dalam perjalanan ke selatan.
Malah, rekaan bangunan R&R itu kini tampil lebih dan cantik, paling penting tiga kali ganda lebih besar dari yang sebelumnya.
Ruang makan juga sangat luas dan dilengkapi dengan kipas gergasi yang akan menyejukkan keseluruhan kawasan berkenaan.
Selain daripada bilangan kubikel tandas yang ditambah, terdapat juga tandas keluarga dan bilik salin lampin untuk golongan ayah yang sebelum ni selalunya hanya terdapat untuk kaum ibu.
Fasiliti surau di R&R ini juga boleh diberikan pujian di mana bukan sahaja ruang yang besar dan selesa, malah menitikberatkan ciri mesra untuk pengguna yang memerlukan kerusi untuk solat duduk kerana ada “built-in” kerusi tersedia untuk pengguna.
Memandangkan ia membawa konsep ‘terbuka’, maka surau ini mempunyai sistem pengudaraan yang bagus serta membenarkan cahaya semula jadi memenuhi ruang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: