Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente menegaskan beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh pemain sedia ada selepas Malaysia memenangi kejohanan Pestabola Merdeka 2024.
Harimau Malaya berjaya menewaskan Lebanon dengan keputusan 1-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sekaligus memenangi kejohanan itu untuk kali ke-13.
Baca Juga:
Kejayaan itu menjadi yang pertama bagi Marti dan beliau menegaskan mahu memberikan fokus kepada pemain sedia ada dan enggan untuk memberikan komen mengenai pemain warisan.
“Saya rasa sekarang ini kami mempunyai ramai pemain. Panggilan kali ini sukar untuk kami kerana semua pemain menampilkan prestasi yang baik bersama kelab masing-masing. Jadi kami perlu membuat pilihan yang cermat.
“Saya gembira dengan prestasi yang ditampilkan oleh pemain sedia ada dan sekiranya ada pemain lain yang dibawa masuk, maka mereka perlu berjuang untuk mendapatkan tempat dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: