Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lepas Bercerai Dengan Ira Kazar, Syamsul Yusof Kembali Semula Ke Pangkuan Keluarga

today12 September 2024

Background


Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Datin Patimah di story Instagram, Syamsul dilihat mesra berpelukan dengan kedua ibu bapanya sambil mendukung anak perempuannya, Sumayyah. Dia juga ditemani bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana.

Perkongsian tersebut sedikit sebanyak memberikan gambaran bahawa Syamsul sudah berdamai dengan ibu bapa dan Puteri Sarah demi anak-anak mereka.

Sebelum ini, Syamsul dikatakan sudah lama tidak berhubung dengan keluarganya selepas berlaku pergolakan rumah tangga dengan Puteri Sarah hingga membawa kepada perceraian pada tahun lepas.

Konflik itu berlanjutan apabila pengarah filem itu bernikah secara rahsia dengan Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin di selatan Thailand.

Walau bagaimanapun, menurut laporan Sinar Harian, Syamsul dan Ira bercerai pada 5 September lalu selepas wujud pelanggaran taklik daripada pihak isteri.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post

Sukan

Bersatulah demi sukan golf – Mcllroy

London: Rory McIlroy percaya bahawa peminat golf berhak untuk melihat pemain terbaik dunia bersaing antara satu sama lain dengan lebih kerap dan berharap akan berlaku kemajuan dalam perundingan antara Jelajah PGA dan Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi.

today12 September 2024