Menerusi Berita Harian, sumber yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci mengenainya.
“Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya, urusan memfailkan perceraian itu dibuat peguam yang mewakilinya.
“Buat masa ini, punca perceraian tidak didedahkan,” kata individu berkenaan.
Sebelum ini, kecoh mengenai isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.
Malah, kisah rumah tangga Fazura dan Fattah dibincangkan di sebuah laman sembang hingga menarik perhatian netizen.
Fazura yang ditemui media pada majlis pelancaran Koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura pada 22 Julai lalu menafikan spekulasi rumah tangga bergolak, sambil menjelaskan hubungannya dengan Fattah baik-baik sahaja.
Fazura mendakwa dia dan Fattah bahagia dan gosip mendakwa rumah tangga bermasalah hanyalah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: