Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jabatan Penjara, PDRM Buru Banduan Lari Ketika Terima Rawatan Di Hospital Sungai Buloh

today23 September 2024

Background


Menurut Jabatan Penjara Malaysia, banduan reman tersebut melarikan diri ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Sungai Buloh.

“Jabatan ini telah menubuhkan pasukan pencarian dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan banduan reman tersebut. Sehingga kini usaha pencarian sedang dipergiatkan dan diperluaskan ke kawasan-kawasan lain”

“Lembaga Siasatan juga telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kelarian tersebut dan sekiranya didapati terdapat unsur kecuaian atau kelemahan prosedur semasa melaksanakan tugas, Jabatan Penjara tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Penjara Malaysia memohon kerjasama daripada orang awam sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai individu yang mencurigakan, untuk segera menghubungi Penjara Sungai Buloh melalui talian 03-61843333 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222. Jabatan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post