Istimewanya, lagu Salam Dari Malaysia dihasilkan dengan kerjasama komposer, Edry Abdul Halim dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya bersama barisan penyampai radio dan artis tanah air dalam masa dua minggu sahaja.
Mereka yang terbabit termasuklah tiga personaliti dari rangkaian stesen radio MPA, iaitu AG Azmeer dari Hot FM, Haiza (Kool 101) dan Ean (Fly FM). Ia turut membabitkan penyanyi Tomok, Khai Bahar, Marsha Milan, Nabila Razali, Suki Low, Sweet Qismina dan Balan Kash.
Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, lagu Salam Dari Malaysia dilancarkan secara rasmi hari ini sebagai tanda sokongan berterusan rakyat Malaysia terhadap bumi Palestin, hasil kolaborasi dengan kumpulan syarikat rakaman dan pengedaran, Alternate Records & Talents.
“Hari ini, dengan penuh keinsafan, kami berdiri bersama untuk memperingati satu tahun yang penuh luka sejak peristiwa tragis 7 Oktober tahun lalu. Peristiwa bukan sekadar sejarah hitam buat Palestin, tetapi juga peringatan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: