Pasukan Selangor kehilangan khidmat pembantu jurulatih iaitu Conor Nestor selepas beliau memutuskan untuk menyertai kelab yang beraksi di Liga Kemboja iaitu Boeung Ket FC.
Perkara ini diumumkan oleh Boeung Ket menerusi satu video yang dimuat naik di laman media sosial rasmi pasukan dimana Nestor dilantik sebagai ketua jurulatih baharu kelab itu.
Baca Juga:
Nestor dilantik sebagai pembantu kepada Nidzam Jamil pada April lalu dan beliau berjaya membantu pasukan mara ke perlawanan akhir Piala FA musim ini selain pasukan menduduki tangga kedua dalam carta Liga Super.
Untuk rekod, ini merupakan kelab kedua yang dibimbing oleh Nestor di Kemboja setelah pengendali kelahiran Ireland ini pernah melatih PKR Svay Rieng dari 2018 hingga 2023 lalu.
Menurut Nestor, meskipun sukar namun keputusan untuk meninggalkan Kemboja bagi menyertai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: