Menerusi video panjang yang dimuat naik oleh Hafiz di Facebook dan Instagramnya, dia ke Kelantan menemui keluarga tersebut selepas kisah mereka tular dikongsikan seorang pempengaruh dan juga aktivis di media sosial.
Hafiz dilihat membawa lelaki tersebut dan anak-anaknya pergi membeli sebuah motosikal, barangan keperluan rumah selain sempat menyinggah di kedai gunting rambut.
“MasyaAllah hebat ilmu yang saya dapat daripada kisah ni. Bila sampai ke kampung ni, saya tengok jarak rumah ke sekolah, dalam hati, ‘ya Allah jauh sangat ni kalau budak dan ayah teman berjalan ke sekolah.
“Sampai di rumah mereka, saya nampak insan hebat ni, seorang ayah. Cikgu kata, pak cik ni sangat ‘caring’. Bukan sahaja pak cik ni teman anak berjalan 6km ke sekolah.
“Saya nampak di depan mata macam mana dia melayani anak-anak. Naik segan mata saya melihat macam mana perhatian diberi daripada pak cik ni,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: