Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelajar Dipukul Guru Dengan Penyapu Sehingga Pendarahan Menang Saman RM90,000

today12 October 2024

Background


Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang pernah dipukul guru sekolahnya kini memenangi tuntutan saman di Mahkamah Tinggi.

Memetik laporan Kosmo, Mahkamah telah memerintahkan bekas gurunya membayar ganti rugi RM90,000 kerana memukul pelajar lelaki terbabit ketika berusia 8 tahun menggunakan penyapu.

Kejadian yang berlaku pada tahun 2019 lalu telah menyebabkan mangsa mengalami pendarahan yang banyak dan menerima lima jahitan di kepala.

Remaja itu selaku plaintif diwakili bapanya, Mohd. Amirul Azdi Md. Yusuf, 41, memfailkan saman terhadap bekas guru wanita berusia 60 tahun yang dinamakan sebagai defendan pertama.

Hazizah dalam penghakimannya berkata, mahkamah meneliti semua hujahan, keterangan dan keputusan yang dibuat Mahkamah Sesyen Selayang yang menolak tuntutan saman itu sebelum ini.

“Mahkamah berpendapat bahawa tindakan defendan menggunakan penyapu untuk menakutkan murid supaya mengikuti arahan dianggap tidak dialu-alukan pada era ini….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post