Pada sepanjang minggu heboh dengan hadiah ‘lucky draw‘ yang ditawarkan kepada pemenang semasa acara Honda Day.
Bermula dengan isu model kereta dihadiahkan, kemudian digantikan dengan kereta kontinental. Selepas itu didapati rim kereta tersebut mempunyai kerosakan dan didakwa mempunyai sejarah pernah terlibat dua kemalangan teruk.
Baca Juga:
Bagaimanapun warganet telah beralih pandangan ke sebuah acara yang berlangsung di sebuah litar negeri pantai timur, JDM Fighter di Litar Drag Antarabangsa Terengganu.
JDM Fighter merupakan satu acara automotif yang mengumpulkan pemilik kereta Japanese Domestic Market (JDM) dari seluruh Malaysia.
Difahamkan terdapat lucky draw akan dibuat hari ini, 12 Oktober pada jam 5 petang. Hadiah yang akan diberi merupakan sebuah kereta Subaru WRX STi V8.
Menerusi hantaran Facebook Paka Turbo Garage, ramai memuji penganjur kerana ikhlas dalam memberikan hadiah kepada pemenang.


Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: