Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Netizen Puji Majikan Bakar Motorsikal Pekerja Positif Dadah

today14 October 2024

Background


Seorang majikan meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila kebaikannya disalah guna oleh pekerja sehingga mereka terpalit dengan gejala tidak sihat seperti menghisap dadah.

Tular satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, @alongbosss_garage_motor yang dirakam membakar motorsikal pekerjanya sendiri, yang diberikan olehnya sebagai hadiah, selepas pekerja itu didapati positif dadah.

Dalam video yang mengejutkan orang ramai, Along, seorang pemilik bengkel, berkongsi bahawa motorsikal tersebut telah diberikan kepada pekerjanya sebagai bantuan untuk memudahkan perjalanan ke tempat kerja.

Namun, pekerja itu dikatakan menyalahgunakan pemberian tersebut setelah beliau didapati positif dadah.

Berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab pekerja itu, Along membuat keputusan untuk membakar motorsikal tersebut, sebagai satu bentuk pengajaran kepada pekerjanya.

Walaupun dia sedar tindakannya mungkin kontroversi di mata penonton, dia tetap mempertahankan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post