Ramai pelancong jadikan makanan sebagai tarikan utama dalam percutian mereka, Agoda, sebuah laman web pelancongan terkenal, telah mengumumkan destinasi makanan terbaik di Asia berdasarkan tinjauan yang dilakukan dari 1 hingga 19 Ogos, lapor Bangkok Post.
Lebih daripada 4,000 peserta dari 10 negara menyertai tinjauan ini.
Dalam laporan terbaru itu, Korea Selatan mendahului senarai dengan 64% responden menyatakan bahawa makanan seperti kimchi, BBQ dan ayam goreng sebagai sebab utama mereka melancong ke negara itu.
Taiwan mengikuti rapat di tempat kedua dengan 62%, diikuti oleh Thailand (55%), Jepun (52%), dan tidak ketinggalan, Malaysia di tangga kelima dengan 49%.
Menurut Enric Casals, naib presiden bersekutu untuk Asia Tenggara di Agoda, makanan telah menjadi tarikan besar yang bukan sahaja memberi keselesaan tetapi juga memperkenalkan pelancong kepada budaya tempatan.
“Makanan lebih daripada sekadar santapan; ia adalah pengalaman budaya.
“Ada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: