Persatuan Bolasepak Bahrain (BFA) mengecam perilaku yang tidak dapat diterima serta tidak bertanggungjawab ditunjukkan oleh penyokong Indonesia di media sosial selepas berakhirnya perlawanan Bahrain menentang Indonesia dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari.
Perlawanan yang berkesudahan seri 2-2 itu mendapat kritikan jutaan penyokong Indonesia kerana rasa tidak puas hati mereka terhadap pengadil bertugas.
Baca Juga:
Mendahului tuan rumah dengan keputusan 2-1, Indonesia akhirnya terpaksa akur pada minit ke-99 hasil jaringan penyamaan Mohamed Marhoon sedangkan masa tambahan diberikan hanyalah enam minit.
Satu keadaan yang nyata membuatkan para penyokong Indonesia naik angin dan melakukan serangan siber ke atas pengadil bertugas, Ahmed Al Kaf dan pasukan Bahrain.
Difahamkan selain daripada serangan siber, skuad Bahrain telah menghadapi pelbagai penghinaan dan ancaman yang menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pemain dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: