Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) memberikan maklum balas mengenai permintaan FA Bahrain yang mahu aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang pasukan kebangsaan itu pada Mac 2025 diadakan di venue berkecuali ekoran faktor keselamatan.
Bahrain membuat permintaan tersebut setelah mendapat kecaman, kritikan di media sosial bahkan serangan siber selepas aksi kedua-dua pasukan di Manama yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 pada minggu lalu.
Baca Juga:
Melihat kepada perkara ini, Bahrain mahu aksi menentang Indonesia diadakan di venue berkecuali kerana bimbang akan keselamatan pemain dan pegawai pasukan serta penyokong yang bertandang ke tempat lawan.
PSSI melalui salah seorang EXCO iaitu Arya Sinulingga memberi maklum balas kepada permintaan itu dimana beliau menegaskan Indonesia merupakan satu negara yang aman damai.
“Pertama kita akan hantar surat ke AFC yang menyatakan mahu perlawanan tersebut kekal berlangsung di Jakarta, kerana…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: