Kehadiran semula Muhammad Hairul Hazizi Haidzir nyata membuahkan hasil selepas beliau beraksi cemerlang membantu Johor Tigris menewaskan Bomba Fighters pada aksi kumpulan C Sepak Takraw League (STL) 2024 bagi GP Pulau Pinang.
Bekas pemain tekong skuad kebangsaan itu menjadi nadi kekuatan buat Johor Tigris untuk menang mudah 15-4, 15-6 sekali gus menghidupkan peluang ke suku akhir.
Baca Juga:
Hairul yang sebelum ini bersama ATM Guardians terpaksa berehat panjang ekoran masalah kecederaan dialaminya. Namun, meskipun begitu aksinya pada perlawanan ini jelas memukau dengan sembilan servis ‘winner’ dicipta.
Selain Hairul Hazizi, Johor Tigris membariskan Teerapat Deecharoen selaku apit kanan dan apit kiri berpengalaman, Farhan Adam.

Manakala, Bomba Fighters yang menang pada aksi pembukaan menentang ATM Guardians mempertaruhkan Irsyad Faiz Aziz (tekong), Anda Madlee (apit kanan) dan Muhammad…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: