Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bantuan Bulanan Warga Emas, Kanak-Kanak Miskin Dinaikkan Kepada RM600 & RM250

today18 October 2024

Background


Menerusi tambahan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan ditingkat.

“Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan berbanding RM500 sebulan.

“Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkan iaitu daripada RM200 kepada RM250 seorang bagi anak berusia enam tahun dan ke bawah; serta daripada RM150 kepada RM200 seorang bagi anak lingkungan usia tujuh hingga 18 tahun; tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga,” kata Anwar di Dewan Rakyat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata bagi Wilayah Persekutuan, Kadar Bantuan Am dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100 dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak RM500 sebulan.

“Saya percaya Kerajaan Negeri akan turut menambah baik Kadar Bantuan Am Negeri.

“Jika dihitung keseluruhan bantuan STR, SARA dan JKM: Isi rumah miskin dengan tiga anak layak menerima bantuan lebih RM13,000 setahun, yakni suatu peningkatan.

“Untuk warga emas…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post