Keputusan seri dicatatkan Selangor pada perlawanan menentang PDRM FC malam tadi bukan sahaja menimbulkan kemarahan dalam kalangan penyokong, malah ada pegawai pasukan kelab tersebut juga dikatakan ‘naik angin’.
Hal ini kerana salah seorang pegawai Selangor FC dilaporkan telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengamal media yang turun ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang bagi membuat liputan perlawanan ke-12 saingan Liga Super Malaysia 2024/25 itu.
Baca Juga:
Perkara tersebut disahkan oleh portal media sukan tempatan, Flash Sukan yang mengeluarkan kenyataan rasminya malam tadi.
Difahamkan insiden itu berlaku selepas berakhirnya perlawanan yang berkesudahan terikat 1-1 hasil jaringan pemain sayap Selangor, Alvin Fortes pada minit ke-16 manakala Aremu Timothy memadamkan kelebihan itu ketika aksi memasuki minit ke-92.
“Pihak kami kecewa dengan tindakan yang dilakukan salah seorang pegawai pasukan Selangor FC yang menghujat pengamal media…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: