Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ahli KWSP Berusia 100 Tahun Ke Atas Diminta Tuntut Simpanan Sebelum Mac 2025

today25 October 2024

Background
Ahli KWSP Berusia 100 Tahun Ke Atas Diminta Tuntut Simpanan Sebelum Mac 2025


Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 100 tahun dan ke atas mesti mengemukakan tuntutan simpanan yang tidak dituntut sebelum 31 Mac 2025.

Memetik New Straits Times, KWSP, menerusi satu notis, berkata ia sedang menghubungi ahli berumur 100 tahun ke atas yang masih belum mengeluarkan sepenuhnya simpanan persaraan mereka.

“Ahli atau waris mereka boleh menyemak baki simpanan yang tidak dituntut menggunakan nombor dokumen pengenalan diri ahli atau nombor keahlian KWSP.

“Ahli atau waris mereka mesti mengemukakan tuntutan untuk simpanan tidak dituntut sebelum 31 Mac 2025.

“Selepas tarikh ini, sebarang simpanan yang tidak dituntut akan dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Wang Tidak Dituntut (BWTD) di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

“Sebarang tuntutan selepas itu mesti dikemukakan terus kepada BWTD,” katanya.

KWSP menambah, untuk maklumat lanjut mengenai perkara itu, ahli atau waris mereka boleh melayari laman web rasmi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Hiburan Semasa

Kahwin muda masa PKP

Kuala Lumpur: Pelakon, Ikmal Amri, 30, tidak menyesal membuat keputusan berkahwin pada usia muda walaupun ketika itu sedang meniti populariti dalam kariernya. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today25 October 2024