Arsenal gagal mengambil kesempatan dua kali berada dihadapan apabila terikat 2-2 pada pertemuan menentang Liverpool dalam aksi English Premier League (EPL) 2024/25 yang berlangsung di Emirates Stadium sebentar tadi.
Pertemuan dua pasukan di kelompok atasan liga itu berlangsung menarik dengan Arsenal dilihat lebih mendominasi permainan pada babak pertama.
Tuan rumah juga terlebih dahulu membuka tirai jaringan apabila Bukayo Saka yang baharu sahaja pulih daripada kecederaan meletakkan Arsenal dihadapan pada minit kesembilan.
Berpunca daripada hantaran jauh Ben White, Saka melakukan gerakan solo ke dalam kawasan penalti Liverpool untuk melepasi kawalan Andy Robertson lalu melepaskan rembatan yang menewaskan Caoimhin Kelleher.
Arsenal hampir dihukum pada minit ke-14 susulan kesilapan Mikel Merino yang gagal mengawal bola dengan baik dalam kawasan sendiri, mujur rembatan jarak jauh Mohamed Salah tersasar di sebelah kiri pintu gol.
Empat minit…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: