Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lebih 100 Cawangan Starbucks Di Malaysia Tutup, Terkesan Sentimen Anti-Israel

today29 October 2024

Background


Lebih daripada 100 cawangan Starbucks di seluruh Malaysia telah tutup operasi mereka, sama ada secara kekal atau sementara, lapor sumber MalaysiaNow.

Keputusan ini dibuat enam bulan selepas rantaian makanan segera KFC turut menghadapi nasib yang serupa, apabila jenama Amerika terus menjadi sasaran gerakan boikot global yang memprotes sokongan AS kepada Israel dalam konflik di wilayah Palestin.

Langkah penutupan ini berlaku selepas Starbucks Malaysia, yang dikendalikan oleh Berjaya Group, melaporkan kerugian bersih sebanyak RM91.5 juta tahun ini.

Pendapatan Starbucks jatuh sebanyak 35%, daripada RM1.1 bilion kepada RM730.3 juta, sekali gus menimbulkan tanda tanya tentang keberlangsungan jenama ini di pasaran tempatan.

Sumber dalam industri memaklumkan bahawa lebih 100 cawangan Starbucks di lokasi strategik, termasuk di pusat beli-belah dan kawasan pelancongan utama, telah ditutup.

“Penutupan sementara bermaksud syarikat hanya membayar sewa premis…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post