Kempen skuad Malaysia dalam Kejuaraan Futsal ASEAN 2024 bakal bermula petang ini yang menyaksikan Brunei bakal menjadi cabaran sulung buat skuad kendalian Rakphol Sainetngam itu.
Kedua-dua pasukan bakal bertemu di Terminal 21, Nakhon Ratchasima pada aksi yang dijadualkan berlangsung jam 4.30 petang waktu tanah air.
Penilaian di atas kertas menyaksikan skuad negara dijangka tidak akan terlalu berdepan masalah untuk menewaskan Brunei pada perlawanan ini.
Tambahan pula Brunei pastinya terganggu dengan kekalahan besar 0-13 yang dialami ketika bertemu Thailand, petang semalam.
Bagi anda yang tidak dapat ke Terminal 21, Nakhon Ratchasima, jangan gusar kerana anda boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan tersebut di beberapa platform.
Pilihan pertama anda boleh ke laman sesawang rasmi stesen televisyen Indonesia iaitu RCTI+ dengan klik pautan di sini.
RCTI+ merupakan penyiar rasmi kejohanan tersebut bagi negara Indonesia.
Manakala bagi anda yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: