Kuala Lumpur: Pemain beregu campuran nombor satu negara, Toh Ee Wei mengakui tidak dapat menjamin prestasi cemerlangnya akan kembali selepas Sukan Olimpik 2024 di Paris. Menurut Ee Wei, yang bakal kembali beraksi selepas mengalami kecederaan September lalu, menyatakan fokusnya kini adalah untuk mengembalikan rentak pertandingan dalam dua kejohanan akan datang, iaitu Masters Jepun dan China, bulan ini. “Saya rasa sudah lebih sebulan tidak beraksi dalam kejohanan. Saya tidak pasti apa yang akan berlaku, tetapi apabila bermain, saya akan cuba berikan yang terbaik. Tiada siapa yang mahu kalah, dan kami akan berjuang untuk setiap mata di kejohanan akan datang,” katanya kepada media di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini. Masters Jepun 2024 akan diadakan di Kumamoto dari 12 hingga 17 November, manakala Masters China di Shenzhen akan bermula dari 19 hingga 24 November. Selepas tersingkir di peringkat suku akhir Sukan Olimpik 2024, gandingan Tang Jie-Ee Wei beraksi dalam empat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: