Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

#PenaKool

Merendah Diri Atau Sebenarnya Humblebragging?

today9 November 2024

Background

“Alaaaa aku buat majlis nikah kecil-kecilan sahaja, jemputan adalah dalam 1,000 orang.”

Haaaa pernah tak jumpa orang yang bersikap seperti ini? Kadang-kadang kita dengar macam orangnya ‘humble’ atau merendah diri, tetapi dalam masa yang sama kita dengar macam nak ‘brag’ atau bermegah pula.

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai kes pengasas platform e-dagang, FashionValet susulan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RMRM43.9 juta. Difahamkan Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Op Favish.

Sumber : Berita Harian

Namun apa yang menarik perhatian pengguna media sosial adalah sikap Vivy Yusof ini pernah dikaji dalam hasil analisis sebuah universiti tempatan berdasarkan posting beliau di laman media sosial yang dikatakan seperti ‘humblebragging’.

Pagi On Point Bersama Haiza, Muaz dan Datuk Aznil mengupas topik mengenai humblebragging ini. Datuk Aznil atau Pak Nil berkata, beliau sendiri pernah memuat naik gambar menunjukkan barang-barang berjenama untuk menempelak golongan humblebragging. Haiza pula berpandangan, humblebragging juga boleh dikatakan sebagai ‘menunjuk secara halus’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by kool101my (@kool101my)

Macam mana kita nak tahu kalau seseorang itu sebenarnya humblebragging?

Menurut Prof Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Kaunselor & Psikologis Universiti Pendidikan Sultan Idris, “humblebragging memang macam itu. Nampak macam nak merendah diri, macam nak berkongsi. Tetapi sebenarnya keinginan dia, self-esteem dia tu dia nak dipuji. Bangga dengan diri dia. Dia mahukan sokongan.” 

Kata Prof Dr Mohammad Aziz Shah, sekiranya individu yang suka humblebrag ini tidak dapatkan pujian tersebut, atau orang memerli dan menghinanya. Individu ini akan marah dan protes, dia akan merasakan seperti semua orang tidak suka padanya.

“Sebenarnya apa yang dia nak tu daripada kehendak diri dia dengan expectation dia tak sama. Dalaman dia masih nakkan banyak penghargaan. Apa yang dia lakukan itu, sebenarnya dia masih berharap sesuatu daripada orang lain.”

Beliau bagaimanapun berkata, ada cara untuk tangani sikap humblebragging. Kita perlu pegang pada satu konsep iaitu apa-apa yang kita lakukan, kita kena happy dan seronok. Orang suka atau tidak, orang kecam atau tidak janji kita happy dengan diri kita.

Public Health Malaysia

Muaz pula berkata, mereka yang suka humblebragging ini selalunya dalam perniagaan. Ia untuk menunjukkan kemewahan dan mereka ini stabil. Pak Nil turut bersetuju dengan kenyataan Muaz.

Humblebragging untuk mendapatkan instant recognition (pengiktirafan segera), supaya orang akan berkata betul lah perniagaan dia bagus. Kita invest lah pada perniagaan dia.” – Pak Nil

Kita boleh sahaja nak berkongsi kejayaan dan pencapaian kita, lebih baik kita jujur dan ikhlas apabila bercakap. Tidak perlulah kita nak berselindung dengan nada mengeluh atau merendah diri. Sekarang anda dah tahu ciri-ciri humblebrag ini, jika anda berhadapan dengan orang yang seperti ini apa yang patut anda lakukan? Menurut Public Health Malaysia, berikan pujian (yang mereka inginkan) dan boleh cepat-cepat ubah topik untuk mengurangkan rasa jelik.

Dengarkan perbincangan penuh Pagi On Point Bersama Haiza, Muaz dan Pak Nil di KoolCast sekarang.

Written by: Syafiqah Azelan


Previous post

Sukan

JDT dapat habuan RM4.4 juta

Kuala Lumpur: Kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) menundukkan juara Liga Korea (K-League), Ulsan Hyundai dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) pada Selasa lalu menyaksikan gergasi Liga Super itu meraih habuan mencecah RM4.4 juta selepas mengharungi empat aksi setakat ini.

today9 November 2024