Usaha gigih dan semangat yang tidak pernah luntur, Syamsyul berjaya mengungguli uji bakat dan layak ke peringkat seterusnya.
Kongsi pemuda berusia 37 tahun itu lagi, dia memerlukan dana sebanyak RM20,000 untuk membeli kaki palsu buat ibu tercinta.
“Kaki palsu itu bernilai hingga RM20,000. Dengan sokongan kaki palsu ini, saya berharap dapat membantu ibu berjalan kembali dengan lebih selesa dan yakin.
“Ini bukan sekadar alat bantu, tetapi satu usaha untuk memulihkan kebebasan ibu saya, membolehkan dia menjalani kehidupan dengan lebih baik selepas segala pengorbanan yang dilalui,” ujarnya.
Untuk rekod, Syamsyul pernah menyertai Mentor musim kelima pada tahun 2010 (Top 4) bersama Ajai dan juga Amir Jahari.
Tidak terhenti di situ, Syamsyul juga pernah menyertai Mentor Legend. Namun nasib tidak menyebelahi apabila terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Malang yang menimpa itu menyebabkan pehanya patah. Akibat kejadian itu, dia bukan sahaja tidak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: