Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Citaglobal meterai kerjasama bangunkan fasiliti solar di Azerbaijan

today16 November 2024

Background


PETALING JAYA – Citaglobal Berhad (Citaglobal) telah memeterai Perjanjian Rangka Kerja bersama Pelabuhan Baku di Azerbaijan untuk menubuhkan fasiliti solar berkapasiti 5.4 MW.

Ini adalah projek tenaga boleh diperbaharui pertama di Azerbaijan yang menggabungkan kuasa solar dengan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) yang bersepadu untuk sektor komersial.

Inisiatif ini merupakan satu langkah penting dalam sektor tenaga boleh diperbaharui di negara Azerbaijan, ke arah mewujudkan masa depan yang lebih hijau dan cekap.

Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri Dr. Norza Zakaria berkata, perjanjian ini menandakan pencapaian besar dalam memajukan landskap tenaga boleh diperbaharui Azerbaijan dengan penyelesaian inovatif yang mengintegrasikan teknologi solar dan BESS.

“Penyelesaian yang kami laksanakan bukan sahaja memaksimumkan penggunaan tenaga bersih di tapak, tetapi juga pada tarif yang berdaya saing, mencerminkan komitmen bersama kami kepada penyelesaian tenaga yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post