Beliau menyatakan bahawa ibunya sendiri yang memberi keyakinan bahawa dirinya mampu menyambung legasi arwah adiknya, Nidza Afham.
“Saya lakukan semua ini kerana mak dan Nidza, untuk meneruskan impian mereka,” ujarnya dengan penuh emosi.
“Saya memang minat nyanyi sejak kecil, dan mereka (adik-beradik) terinspirasi daripada saya. Sejak tingkatan 1, saya banyak main gitar sendiri, dan kawan-kawan pun sering main bersama saya,” kata yang mengimbau detik-detik awal yang mencorak minatnya dalam dunia muzik,” katanya.
Selain bekerja sebagai pengarah perniagaan, Nidza Irfan mengakui bahawa kesibukan kerjayanya membataskan masa untuk menyanyi.
“Beberapa bulan lalu, saya ada niat untuk pergi ke kelas vokal, tapi tak sempat cari peluang. Kalau ada peluang, saya akan cuba dan pastikan saya cari jalan untuk merealisasikan impian ini,” ujarnya.
Jika diberi peluang atau menang, Nidza Irfan memberitahu akan bawakan personaliti sendiri dan gunakan peluang ini untuk membantu keluarga dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: