PETALING JAYA – Lebih daripada 40 buah negara bakal menyertai Intercontinental World Cultures (ICWC) 2024 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 19 November ini di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.
Program anjuran Udsmedia Sdn. Bhd. buat tahun kedua bersempena Smart Nation Expo 2024 itu dilihat sebagai usaha syarikat untuk menyatukan negara dari seluruh dunia dalam kepelbagaian perayaan, mencetuskan hubungan dan komunikasi yang bergema di luar sempadan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, misi ICWC 2024 dilihat sebagai pesta kebudayaan dan komunikasi, selain untuk memperjuangkan pandangan budaya serta komunikasi secara inklusif sebagai nadi komuniti global yang bersatu.
“Ini bukan acara biasa buat pengunjung kerana ia menjanjikan pengalaman baharu mengenali dunia luar melalui pemandangan, bunyi dan cerita.
“Daripada pameran yang menarik perhatian, sehingga ke acara perbincangan panel professional yang meningkatkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: