Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mahkamah Lepas, Bebas Allahyarham Tun Daim Daripada Pertuduhan Gagal Isytihar Harta

today20 November 2024

Background
Mahkamah Lepas, Bebas Allahyarham Tun Daim Daripada Pertuduhan Gagal Isytihar Harta


Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, daripada tuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.

Memetik Berita Harian, Hakim Azura Alwi membuat perintah itu mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

Baca Juga:

“Mahkamah dengan ini memerintahkan Allahyarham Tun Daim dilepaskan dan dibebaskan.

“Mahkamah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga beliau ditempatkan di kalangan solihin,” katanya.

Seksyen 254 CPC menyatakan, dalam mana-mana peringkat perbicaraan, sebelum penghakiman diberikan, Pendakwa Raya, jika berpendapat patut, boleh memberitahu mahkamah yang ia tidak akan mendakwa tertuduh dan semua prosiding hendaklah diberhentikan serta tertuduh hendaklah dibebaskan daripada pertuduhan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, bahawa pihaknya tidak…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

Seoul mahu ambil warga asing sebagai pemandu bas komuniti

Seoul: Kerajaan Metropolitan Seoul mengumumkan pada 18 November bahawa ia berhasrat untuk mengambil warga asing sebagai pemandu bas di laluan komuniti tempatan, ketika bandar itu bergelut menangani kekurangan tenaga kerja yang kronik dalam sektor pengangkutan. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today20 November 2024