Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bayaran Tambahan Untuk Siapa Yang Mahu ‘Roadtax’ & Lesen Fizikal Bermula Tahun Depan

today21 November 2024

Background


Menterinya, Anthony Loke berkata, tawaran tersebut akan dilaksanakan bermula tahun depan menerusi satu inisiatif baharu, namun ia akan melibatkan satu kadar bayaran.

Menurut beliau, ada segelintir pihak mahukan cukai jalan dan lesen memandu dikeluarkan secara fizikal biarpun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan pendigitalan.

“Masih ada lagi rungutan orang ramai bahawa mereka ingin melihat atau mencetak lesen atau cukai jalan. Memang kita akan tambah baik.

“Awal tahun depan kita akan umumkan satu inisiatif kepada mana-mana pihak atau orang ramai yang ingin mencetak lesen mereka secara fizikal mereka. Mungkin kena bayar pencetakan itu,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang bertanyakan keberkesanan pendigitalan memberikan penjimatan apabila kurangnya pencetakan.

Sementara itu, beliau memberitahu aplikasi Mobile MyJPJ sudah dimuat turun sebanyak 13.7 juta pengguna sejak dilancarkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post