Karya seni itu kemudian dibeli oleh pengasas kripto kelahiran China, Justin Sun, dengan membelanjakan lebih daripada AS$6 juta (RM26.79 juta) untuk pisang tersebut beserta pita pelekat yang mula dijual pada harga AS$120,000 (RM535,890) lima tahun lalu.
“Ini bukan sekadar karya seni. Ia mewakili fenomena budaya yang menghubungkan dunia seni, meme dan komuniti mata wang kripto.
“Saya percaya karya ini akan memberi inspirasi kepada lebih banyak pemikiran dan perbincangan pada masa hadapan dan akan menjadi sebahagian daripada sejarah,” katanya.
Jualan tersebut telah menampilkan tujuh pembida berpotensi dengan rumah lelongan itu mengeluarkan harga panduan AS$1 juta (RM4.47 juta) hingga AS$1.5 juta (RM6.7 juta) sebelum bidaan.
Memandangkan jangka hayat pisang tidak lama, Sun turut membeli sijil ketulenan yang memperakui karya itu dicipta oleh Cattelan, serta arahan berhubung cara menggantikan buah itu apabila ia rosak.
Karya berkenaan yang dilelong adalah pusingan ketiga dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: