Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Kenapalah Tak Masuk ASB” – Unit Trust Rugi Teruk, Wanita Menyesal Labur Dalam RM20K

today22 November 2024

Background


Menerusi ciapan di Threads, seorang wanita seorang wanita meluahkan rasa kecewanya selepas melihat keuntungan yang didapat hasil daripada sebuah pelaburan.

“Letak wang milik saya RM20,000 pada empat tahun lalu di dalam Unit Trust dan kini nilai hanya RM14,000 sahaja, tak tau nak cakap apa,” tulisnya.

Menurutnya, dia sering membuat perkembangan semasa selepas melaburkan wang, namun ejen yang mengendalikannya meminta agar wanita berkenaan bersabar dengan harapan ia akan mendapat keuntungan nanti.

Wanita itu memberitahu dia memahami konsep pelaburan tersebut di mana ada untung dan rugi, tetapi sepanjang pelaburan yang dilakukan di unit trust tersebut, dia asyik rugi membuatkan dia bertambah kecewa.

Malahm dia kini dalam pertimbangan sama ada untuk mengeluarkan kesemua wang pelaburannya ke tempat lain ataupun tunggu setahun lagi jika ada harapan untuk mendapatkan keuntungan.

Difahamkan, duit itu adalah hasil daripada penat kerjanya semasa Covid-19.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post